EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Akta dan Pekeliling

MEMAHAMI AKTA PEKERJA SOSIAL

Apakah Akta Pekerja Sosial?

Akta Pekerja Sosial ialah suatu perundangan yang bertujuan untuk meningkatkan profesion kerja sosial secara menyeluruh, melalui pendaftaran dan pelesenan pekerja sosial yang berkelayakan dan terlatih untuk mengamal kerja sosial.

Pekerja sosial yang berlesen adalah ahli profesional yang membantu orang menangani masalah harian mereka yang disebabkan oleh perubahan dalam masyarakat yang memberi kesan terhadap kehidupan dan perhubungan mereka dalam komuniti. Pekerja sosial telah dilatih serta mempunyai kemahiran khusus untuk melaksanakan intervensi dan mengendalikan isu-isu serta cabaran spesifik yang dihadapi oleh golongan yang bermasalah.

Akta ini adalah satu strategi penting dalam initiatif Kerajaan untuk memperkenalkan era baru dalam profesionalisme kerja sosial. Dengan menetapkan piawaian kecekapan profesional pekerja sosial, Akta ini akan dapat meningkatkan keupayaan dan kualiti perkhidmatan kebajikan masyarakat keseluruhannya, terutama dari aspek penjagaan, keselamatan dan perlindungan kanak-kanak dan keluarga di Malaysia.

Akta ini juga menetapkan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja sosial, mendefinisikan pelbagai kategori pekerja sosial, serta menggariskan fungsi dan struktur organisasi untuk pelaksanaan Akta.

Akta ini akan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pekerja sosial di Malaysia adalah ahli profesional yang kompeten dan berkelayakan untuk melaksanakan kerja sosial dalam pelbagai bidang yang berkeperluan. Orang ramai juga akan diberi ruang untuk membuat aduan mengenai ketidakpuasan mereka terhadap amalan kerja sosial yang tidak profesional dan tidak beretika kepada Majlis Kerja Sosial Malayisia dan ini, pada keseluruhannya, akan dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap pekerja sosial dan profesion kerja sosial.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini