EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Anugerah 'Corporate Social Responsibility' ( CSR ) Perdana Menteri

ANUGERAH CSR PERDANA MENTERI

Sejarah Anugerah CSR Perdana Menteri

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melancarkan Tahun Kebajikan Negara bertemakan Nada Nadi Komuniti pada tahun 2006.
Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai Anugerah Corporate Social Responsibility (CSR) Perdana Menteri semasa pelancaran berkenaan.
CSR Perdana Menteri secara umumnya merangkumi idea-idea seperti berikut :-

  • • CSR merupakan satu konsep di mana syarikat-syarikat mengintergrasikan keperluan ekonomi dan perniagaan syarikat dengan keperluan sosial dan persekitaran dalam urusan perniagaan mereka dan;
  • • CSR juga memberi idea di mana, syarikat mengimbangi keperluan “stakeholder”

Tujuan Anugerah CSR Perdana Menteri

Anugerah Corporate Social Responsibility (CSR) diwujudkan bertujuan memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang telah membawa impak positif melalui sokongan khidmat sosial dan komuniti dalam pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat.

  • • Anugerah ini diwujudkan sebagai komitmen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menggalakkan semua syarikat mengamalkan falsafah perkongsian tanggungjawab sosial
  • • Tujuan Utama CSR adalah bagi mengiktiraf usaha, program dan aktiviti oleh syarikat-syarikat korporat terutamanya yang telah menunaikan tanggungjawab CSR dan membudayakan konsep “Kebajikan Tanggungajwab Bersama” untuk kepentingan sosial negara.

Kategori Penyertaan Anugerah CSR Perdana Menteri

Anugerah CSR Perdana Menteri merupakan satu anugerah berprestij yang dipelopori oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi memberi pengiktirafan kepada warga korporat yang telah membawa impak positif melalui sokongan social dalam pelaksanaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat masing-masing. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan penyertaan lebih daripada 200 buah syarikat seluruh Negara. Sebanyak tujuh(7) kategori telah dipertandingan pada 14 November 2007 manakala mulai tahun 2011 sebanyak sepuluh(10) pertandingan akan dipertandingkan iaitu:-

  • • Komuniti dan Kebajikan Sosial
  • • Persekitaran
  • • CSR Syarikat Kecil
  • • Amalan terbaik di Tempat Kerja
  • • Pemerkasaan Wanita
  • • Kategori Khas Media
  • • Pendidikan
  • • Budaya dan Warisan
  • • Tempat Kerja Mesra Keluarga (Family Friendly Workplaces)
  • • Peluang kepada Orang Kurang Upaya (Outstanding Opportunities for People with Disabilities)

Inisiatif CSR paling cemerlang daripada sepuluh(10) kategori ini telah diberi penghormatan untuk menerima Anugerah CSR Perdana Menteri

Kriteria Pemilihan Anugerah CSR Perdana Menteri

Kriteria Pemilihan memerlukan perhatian yang setaraf dengan masyarakat berdasarkan tiga(3) faktor utama :

  • • Kesan Positif inisiatif CSR ke atas masyarakat yang disasarkan;
  • • Kelestarian projek; dan
  • • Tahap komitmen dan penglibatan yang diperhatikan oleh syarikat (pengurusan dan kakitangan ) dalam projek.