EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Dasar dan Pelan Tindakan OKU

Dasar OKU dan pelan Pelan Tindakan OKU diluluskan pada 21 November 2007. Dasar OKU akan menjadikan asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar OKU akan menyokong dan melengkapi matlamat dasar-dasar lain yang sedia ada untuk mengangkat maruah martabat golongan OKU supaya turut sama terlibat dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Dasar OKU mengariskan 28 strategi yang merangkumi 15 bidang iaitu:

  • • Advokasi
  • • Aksesibiliti
  • • Kesihatan
  • • Pemulihan
  • • Pendidikan
  • • Pekerjaan
  • • Keselamatan diri dan sosial
  • • Perkhidmatan sokongan
  • • Sosial
  • • Pembangunan Sumber Manusia
  • • Perumahan
  • • Kanak-kanak OKU
  • • Wanita OKU

Pelan Tindakan Nasional OKU menterjemahkan Dasar OKU dalam bentuk program dan aktiviti. Pelaksanaan Pelan Tindakan OKU secara kolaborasi multisektor.

Dasar Orang Kurang Upaya
Policy for Persons with Disabilities