EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Disability Equality Training (DET)

Disability Equality Trainning [DET] merupakan komponen yang terkandung di dalam Fasa Kedua Projek Menyokong Penyertaan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaksanakan secara kerjasama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) 2009-2012. Pelaksanaan program ini telah memberi kesan yang positif terhadap pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia terutamanya dari aspek aksesibiliti dan persepsi orang ramai terhadap OKU.

DET ialah satu proses penyertaan untuk mempelajari tentang ketidakupayaan (disability) dari perspektif Model Sosial. DET adalah kursus yang direkacipta dan disampaikan atau diterjemahkan sendiri oleh warga OKU yang mempunyai pengalaman didiskriminasi.

DET juga bertujuan untuk mempromosikan pemahaman tentang disability untuk membantu para peserta:-

  1. Memahami punca dan mekanisme yang menyebabkan ketidakupayaan itu berlaku seperti pengasingan sosial, halangan penyertaan, diskriminasi dan sebagainya;
  2. Menjadi agen perubahan untuk melahirkan masyarakat terangkum dengan tindakan proaktif.

JKM dengan kerjasama JICA telah melatih seramai 37 OKU di Malaysia dan 4 daripadanya Pegawai JKM sebagai jurulatih DET.