EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak (JKK)

Latarbelakang JKK

JKK mula diperkenalkan pada tahun 1949 menerusi Akta Mahkamah Juvana 1947 - Seksyen 43(2)(a)(vi). Ahli JKK dilantik daripada golongan masyarakat setempat dengan pelbagai latar belakang, profesyen, akademik, tokoh agama, belia dan sebagainya.

Calon JKK dicadangkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dan diperakukan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun.

Peranan dan Tanggungjawab JKK:

  1. Untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pencegahan jenayah dan kerosakan akhlak serta kebajikan juvana dan orang muda,
  2. Untuk membantu pegawai-pegawai akhlak mendapatkan penjaga-penjaga atau ibu bapa angkat bagi juvana dalam seliaan,
  3. Untuk membantu pegawai-pegawai akhlak mendapatkan latihan dan pekerjaan bagi juvana dalam seliaan,
  4. Untuk membantu pegawai-pegawai akhlak menjalankan tugas-tugas menyelia juvana dalam cubaan akhlak dan tugas-tugas mereka berhubung dengan seliaan lanjutan juvana yang dibebaskan dari Asrama Akhlak, Sekolah Diluluskan dan Henry Gurney serta memastikan tugas-tugas itu dilaksanakan dengan sempurna,
  5. Untuk sentiasa melawat juvana dalam tahanan di tempat-tempat tahanan dalam daerah atau kawasan dimana JKK itu beradau ntuk memastikan juvana tersebut diberikan jagaan dan perlindungan mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Tempat Tahanan 1950.

Sehingga 2012, terdapat sebanyak 119 buah JKK yang telah digazetkan di seluruh negara yang dianggotai oleh seramai 1,433 orang ahli. Sehubungan itu, pada setiap tahun Bahagian ini mengagihkan peruntukan geran tahunan kepada semua Jawatankuasa ini untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya di peringkat akar umbi. Seterusnya meningkatkan lagi fungsi dan peranannya.