EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Job Coach

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bekerjasama dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) dalam mengambil inisiatif dan pendekatan baru dalam pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu Independent Living (IL), Job Coach dan Disability Equality Training (DET) bermula sejak tahun 2005 sehingga 2008 dibawah Project Capacity Building on Social Welfare Services for PWD’s in Malaysia. Pihak JICA berbesar hati untuk meneruskan dengan projek Fasa 2 mulai tahun 2009 sehingga 2012 bagi Project For The Social Participation, Inclusion In The Community, And Empowerment Of Persons With Disabilities In Malaysia. Projek ini diketuai oleh Dr Kenji Kuno dan dibantu oleh Puan Terumi Shikata yang mempunyai banyak pengetahuan mengenai OKU di Malaysia.

Job Coach berperanan untuk membantu OKU dan majikan dalam membuat penyesuaian kepada persekitaran kerja dan bidang kerja, mengambil kira keupayaan OKU supaya OKU dapat bekerja dalam keadaaan selesa dan produktif. Selain daripada itu, peranan Job Coach adalah untuk mewujudkan hubungan saling memahami antara pekerja OKU dengan majikan dan rakan-rakan sekerja agar mereka dapat membantu OKU bekerja secara berterusan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan.

OBJEKTIF LATIHAN JOB COACH

  1. Job Coach adalah khusus “One to One Training” untuk melatih warga Orang Kurang Upaya (OKU) dalam aspek “Persediaan sebelum mendapat pekerjaan (Penilaian dan Penyesuaian Pekerjaan atau “Job Matching)” dan “Bantuan selepas mendapat pekerjaan” melalui “On the Job Training”
  2. Job Coach diperkenalkan untuk menyediakan OKU supaya dapat bekerja dalam masyarakat atau “open employment” dan menikmati “sustainable employment”