EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kategori Pusat Jagaan

Pusat Jagaan terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:

  1. Pusat Jagaan Harian
  • • Mana-mana premis yang menerima empat (4) orang atau lebih untuk jagaan selama tempoh yang berterusan melebihi 3 jam sehari, sekurang-kurangnya tiga (3) hari seminggu, sama ada menerima upah atau selainnya
  1. Pusat Jagaan Berkediaman
  • • Mana-mana premis yang menerima empat (4) orang atau lebih untuk jagaan sebagai penghuni didalamnya, sama ada menerima upah atau selainnya

Seseorang yang merupakan saudara samada melalui pertalian darah, persemendaan atau pengangkatan di sisi undang-undang tidak dikira dalam menentukan bilangan penghuni di sesebuah pusat jagaan. Contohnya, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, datuk, nenek, cucu, bapa saudara, ibu saudara atau anak saudara.