EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kategori TASKA

Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut:

  1. TASKA Di Rumah
    • • Menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak untuk di jaga dalam rumah orang yang di daftarkan di bawah Seksyen 7.
  2. TASKA Di Institusi
    • • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  3. TASKA Di Tempat Kerja
    • • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
    • • Ditubuhkan di tempat kerja atau disediakan oleh majikan di suatu tempat yang sesuai untuk kemudahan kakitangan
  4. TASKA Komuniti
    • • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
    • • Ditubuhkan di suatu kawasan tertentu dan menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan atau suatu kerajaan negeri.