EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Latarbelakang, Matlamat & Objektif

Latar Belakang

Bahagian Kaunseling telah diwujudkan pada 1 April 1998 berikutan penyusunan semula jabatan melalui surat Jabatan Perkhidmatan Awam JPA (s) 253/2/17-6 klt. 5 (874) bertarikh 26 Mac 1998 dan Waran Perjawatan bilangan 50 tahun 1998 bertarikh 23 Mac 1998. Bahagian ini pada asalnya dinamakan Bahagian Perkaunselan.

Bahagian ini diwujudkan hasil penggubalan dan penguatkuasaan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Pada peringkat awal dua tahun pertama pelaksanaan akta, bahagian ini diketuai oleh seorang pengarah yang juga bertindak sebagai Pendaftar Kaunselor serta menjadi Setiausaha Lembaga Kaunselor pertama.

Hasil daripada penyusunan semula struktur dan fungsi bahagian pada 1 Ogos 2005 melalui Waran Perjawatan bilangan satu tahun 2005, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Kaunseling dan Psikologi.

Matlamat

Mengoptimumkan tahap kesejahteraan psikologikal kumpulan sasar dan kakitangan jabatan melalui perkhidmatan bimbingan, kaunseling dan program psikologi.

OBJEKTIF

  •   Memulihkan tingkah laku, kognitif dan emosi klien / kakitangan jabatan.
  •   Memupuk, membangun dan memperkat keupayaan kendiri klien / kakitangan jabatan.
  •   Memulihkan kefungsian keluarga klien / kakitangan jabatan.