EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Majlis Kebangsaan Bagi OKU

KEANGGOTAAN MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA

 

Keanggotaan Majlis Kebangsaan Bgi Orang Kurang Upaya

Keanggotaan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada agensi Kerajaan dan individu yang berikut:-

1. Pengerusi

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB. Datuk Rohani Abdul Karim

 

2. Timbalan Pengerusi

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YBhg. Dato' Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur

 

3. Setiausaha

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat

YBhg. Dato’ Norani Hj. Mohd Hashim

 

4. Peguam Negara Malaysia

YBhg. Tan Sri Abdul Gani bin Patail

 

5. Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan

YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah

 

6. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan

YBhg. Datuk Seri Long See Wool

 

7. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia

YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim bin Seman

 

8. Ketua Pengarah Pendidikan

YBhg. Tan Sri Abd. Ghafar b. Mahmud

 

9. Ketua Pengarah Kesihatan

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

 

 

Individu

  1. YBhg. Dr. Wong Huey Siew
  2. YBhg. Profesor Dr. Ruzita binti Mohd Amin
  3. YBhg. Profesor Madya Dr. Andrew Mohanraj Chandrasekaran
  4. YBhg. Dr. Haron bin Jaffar
  5. YBhg. Dr. Hasnah Toran
  6. Puan Bathmavathi a/p K. Krishnan
  7. En. Nazmi bin Kamarulzaman
  8. En. Razani bin Ramli
  9. En. Francis Johen Anak Adam
  10. Puan Poh Kim Pheng

 

 

LATAR BELAKANG DAN FUNGSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI OKU

 

Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya telah ditubuhkan pada bulan Julai 2008, sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 3, Akta Orang Kurang Upaya 2008. Majlis ini dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Enam Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membantu Majlis dalam memainkan peranan dan fungsinya dalam membangunkan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini. Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:

 

1. Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat Dan Alam Bina

Pengerusi:    Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

2. Jawatankuasa Pengangkutan

Pengerusi :   Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan

3. Jawatankuasa Quality Life Care

Pengerusi :   Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan

4. Jawatankuasa Pendidikan

Pengerusi :   Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5. Jawatankuasa Pekerjaan

Pengerusi :   Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia

6. Jawatankuasa Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Pengerusi:    Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 

 

 

FUNGSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA

 

Fungsi-fungsi Majlis antaranya adalah seperti berikut:-

a. Untuk menyelia pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya;

 

b. Untuk membuat syor kepada Kerajaan mengenai semua aspek orang kurang upaya termasuk perkara-perkara yang berhubungan dengan sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya;

 

c. Untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang berkatian;

 

d. Untuk memantau dan menilai kesan dasar, program dan aktiviti yang dirancang untuk mencapai penyertaan penuh dan berkesan kurang upaya dan dalam berbuat demikian boleh membuat apa-apa perkiraan dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang berkaitan sebagaimana yang difikirkan perlu;

 

e. Untuk mengkaji semula aktiviti semua kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya;

 

f. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan juga untuk mencadangkan undang-undang baru bagi menjamin penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat, termasuk untuk memudahkan kebolehaksesan;

 

g. Untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik masyarakat dan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, termasuk pada peringkat keluarga, berhubung dengan orang kurang upaya termasuk keupayaan dan sumbangan mereka bagi menggalakkan tanggapan positif dan kesedaran sosial yang tinggi serta memupuk rasa hormat kepada hak dan maruah orang kurang upaya;

 

h. Untuk menerima pakai langkah yang berkesan dan sesuai bagi menggalakkan pengiktirafan kemahiran, merit dan kebolehan orang kurang upaya, dan sumbangan mereka di tempat kerja dan pasaran buruh;

 

i. Untuk memupuk sikap menghormati hak orang kurang upaya pada semua peringkat sistem pendidikan, termasuk pada peringkat awal kanak-kanak;

 

j. Untuk menasihati Kerajaan mengenai isu ketidakupayaan termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa;

 

k. Untuk mengumpul dan mengumpul semak data dan maklumat, dan menjalankan serta menggalakkan penyelidikan yang berhubungan dengan orang kurang upaya;

 

l. Untuk menggalakkan pembangunan latihan awal dan berterusan bagi golongan profesional dan kakitangan yang bekerja dalam perkhidmatan habilitasi dan rehabilitasi;

 

m. Untuk menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya bagi orang kurang upaya dalam pasaran buruh, dan juga bantuan dalam mencari atau mendapatkan pekerjaan atas asas keserataan dengan orang upaya; dan

 

n. Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi pelaksanaan sewajarnya Akta ini.