EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Organisasi Komuniti

Program Organisasi Komuniti

  • • Program Organisasi Komuniti merupakan satu jenis kerja sosial yang didapati sesuai digunakan untuk mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar Jabatan. Program ini memberi tumpuan ke arah mengukuhkan komuniti setempat supaya dapat bergerak dan bertindak secara kolektif untuk mengendalikan masalah sosio ekonomi yang dialami.
  • • Pelaksanaan Program Organisasi Komuniti bukan hanya terhad kepada inisiatif kumpulan sasar tetapi memerlukan inisiatif Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Tujuan Pelaksanaan Program Organisasi Komuniti

  1. Untuk menggalakkan dan menggerakkan penglibatan komuniti kumpulan sasar dan masyarakat umum dalam pembangunan setempat.
  2. Meningkatkan kualiti hidup komuniti sasar melalui penglibatan proaktif dan berkesan dalam aktiviti sosial dan ekonomi yang dikenalpasti.
  3. Memaksimumkan penggunaan sumber tempatan dalam mewujudkan komuniti sasar yang berdikari.

Objektif Program Organisasi Komuniti

  1. Membasmi kemiskinan dan pengasingan di kalangan komuniti
  2. Meningkatkan penentuan kendiri komuniti setempat
  3. Menggalakkan penglibatan secara demokrasi
  4. Menyelesaikan masalah sosial melalui “self-help”
  5. Mewujudkan masyarakat penyayang
  6. Mengatasi ketidakpuasan dan bertindak sewajarnya

Jenis-jenis Program Organisasi Komuniti

  1. Projek ekonomi
  2. Program pendidikan sosial
  3. Program latihan kemahiran
  4. Program khidmat masyarakat
  5. Program pendidikan kerohanian

Kumpulan Sasar

  1. Klien Jabatan
  2. Bekas pelatih atau penghuni institusi Jabatan

Sehingga Oktober 2012, sebanyak 48 buah Projek Organisasi Komunti yang melibatkan 285 orang peserta terdiri dari komuniti tempatan termasuklah klien-klien Jabatan Kebajikan Masyarakat diusahakan di seluruh negara. Taburan projek organisasi komuniti mengikut negeri adalah seperti di bawah :

Negeri 
Bilangan Projek 
Bilangan Peserta  

Perlis

1 6
Kedah 2 7
Perak 3 15
Selangor 1 5
Kuala Lumpur 10 46
Negeri Sembilan 8 36
Johor 4 36
Melaka 4 20
Pahang 1 7
Terengganu 3 14
Kelantan 11 93
     
JUMLAH 48 285