EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan Bagi Program Pembangunan Masyarakat

 

1. PENGENALAN

Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan bertujuan untuk membantu Pertubuhan Sukarela Kebajikan (NGO) bagi melaksanakan program pembangunan sosial kepada kumpulan sasar KPWKM iaitu wanita, keluarga dan masyarakat, anjuran bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan diuruskan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengikut program dan kumpulan sasar seperti jadual di bawah :

Agensi

Program

Kumpulan Sasar

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Program Pembangunan Masyarakat

  • Kanak-kanak
  • Warga Emas
  • Orang Kurang Upaya
  • Orang Papa/Pengemis
  • Mangsa Bencana
  • Sukarelawan

 

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

Program Pembangunan Wanita

  • Wanita
  • Ibu Tunggal

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Program Pembangunan Keluarga

  • Ibu bapa
  • Remaja
  • Keluarga

 

 

2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Saringan permohonan akan dibuat diperingkat Jabatan, bagi permohonan yang LAYAK akan dibawa Mesyuarat Urusetia Jawatankuasa Bantuan Khas PK. Bagi yang tidak layak, Ketua Pengarah akan memaklumkan kepada pemohon.

 

 

3. PROSEDUR PERMOHONAN

Permohonan menggunakan Borang Permohonan Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan yang boleh diperolehi di laman sesawang www.jkm.gov.my.

 

 

4. PEMANTAUAN /NAZIRAN

Penerima peruntukan Bantuan Khas perlu membenarkan Kerajaan pada bila-bila masa yang sesuai untuk melakukan pemantauan/pemerhatian terhadap pelaksanaan program dan penggunaan Peruntukan Bantuan Khas.

Naziran akan dijalankan berdasarkan kategori peruntukan yang diterima. Penerima peruntukan akan dipilih secara rawak untuk Naziran dijalankan. Selain itu, Naziran juga dijalankan ke atas NGO yang gagal memberikan maklum balas setelah Notis Tunjuk Sebab dikemukakan.

 

 

5. LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

Pertubuhan perlu menyediakan dan memberikan Laporan Akhir, Laporan Kemajuan atau Penyata Kewangan bagi programm yang diluluskan bagi memastikan program yang dijalankan itu tidak bercanggah dengan polisi dan dasar Kerajaan. Adalah menjadi tanggungjawab penerima peruntukan Bantuan Khas untuk mengemukakan Laporan Pelaksanaan Program kepada pihak Jabatan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas program tersebut berakhir.

 

 

6. PENGIKTIRAFAN KEPADA KERAJAAN

Program NGO yang dibiayai di bawah peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan perlu memberikan pengiktirafan kepada Kerajaan dengan menyatakan bahawa program tersebut merupakan anjuran bersama dengan KPWKM melalui penggunaan logo Kerajaan dan KPWKM.

 

 

7. GARIS PANDUAN PERMOHONAN, PELAKSANAAN DAN PELAPORAN PERUNTUKAN BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN

Semua permohonan bantuan khas perbendaharaan perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan dan Pelaporan Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan. Klik disini untuk muat turun Garis Panduan


Klik di sini untuk maklumat lanjut Bantuan Khas Perbendaharaan

Klik untuk Borang Permohonan Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan

HOME  |  Copyright  |  Basic Privacy  |  Basic Safety  |  Sitemap  |  RSS  |  Contact Us  |  Archive