EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help)

Program ini memberi perkhidmatan kepada warga emas yang daif dan tinggal berseorangan atau dengan keluarga tetapi memerlukan bantuan. Pekerja sukarela yang dilatih akan membuat lawatan ke rumah warga emas untuk membantu menjalankan urusan harian seperti kebersihan tempat, menemani warga emas, membeli-belah, membayar bil dan penjagaan kesihatan.

Objektif:

  1. Memberi kemudahan penjagaan kepada warga emas yang tinggal berseorangan di rumah.
  2. Memberi perkhidmatan secara terus kepada kumpulan sasar.
  3. Mengerakkan kerjasama badan kesukarelawan dalam usaha membantu golongan warga emas yang tidak berkemampuan dan tidak berupaya menguruskan kehidupan tua mereka.

Pelaksanaan:

Perkhidmatan Khidmat Bantu di Rumah (Home Help Services) dilaksanakan oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) seperti Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM), Persatuan Kebajikan USIAMAS, Persatuan Gerontologi Malaysia (GeM) dan PSK lain.