EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services)

PENGENALAN

Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services) telah mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1994 di mana Sukarelawan dari Pertubuhan Sukarela Kebajikan memberi perkhidmatan kepada warga emas yang daif dan tinggal berseorangan atau dengan keluarga tetapi memerlukan sokongan/bantuan. Pekerja sukarela yang dilatih akan membuat lawatan ke rumah warga emas untuk membantu menjalankan urusan harian seperti penjagaan diri, kebersihan tempat tinggal, rakan berbual, urusan luar seperti membayar bil dan penjagaan kesihatan.

Pelaksanaan program ini merupakan lanjutan daripada ROK-ASEAN (Republic of Korea-ASEAN) Summit Conference (10+1) yang diadakan di Manila pada bulan November 1999. Di mana, Presiden Republik Korea mengumumkan untuk menjalankan projek untuk warga emas sebagai salah satu daripada lima (5) keutamaan. Susulan daripada itu, HelpAge Koreasebagai agensi pelaksana dengan kerjasama HelpAge International telah menganjurkan Regional ROK-ASEAN Cooperation Project berdasar kepada pengalaman kejayaan dalam membangunkan dan memperluaskan program volunteer based home care bagi warga emas yang dijalankan di Korea. Dengan menggunakan pengalaman HelpAge Korea dan sokongan daripada Kerajaan Korea melalui ROK-ASEAN Co-operation Fund, program regional home-care telah dimulakan pada buan April 2003. Kementerian yang bertangungjawab kepada bidang kesihatan dan kebajikan masyarakat di Negara ASEAN bersama NGOs yang terpilih telah terlibat dalam pelaksanaan projek ini dengan sokongan daripada ROK-ASEAN Special Cooperation Fund.

Di Malaysia, USIAMAS merupakan sebuah NGO Warga emas yang diiktiraf untuk terlibat dalam pelaksanaan program Khidmat bantu di Rumah dan mendapat tajaan HelpAge Korea.

Program ini juga merupakan perkongsian bijak antara JKM dengan PSK dengan memberi perkhidmatan yang bercorak reaching out kepada warga emas yang memerlukan bantuan. Pada tahun 2011, seramai 915 warga emas telah mendapat perkhidmatan ini melibatkan seramai 207 orang sukarelawan Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM) dan Persatuan Kebajikan USIAMAS Malaysia (USIAMAS).

Menyedari keperluan ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil inisiatif memperluaskan pelaksanaan program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Sevices) bukan hanya kerjasama dengan pihak PSK sahaja tetapi juga dengan kerjasama Sukarelawan Kebajikan yang berdaftar dengan JKM.

Program Khidmat Bantu Di Rumah akan dilaksanakan di 222 kawasan Parlimen yang melibatkan 124 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD).

maklumat lanjut