EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Program Penempatan Pekerja Pembangunan Komuniti Di Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Program Penempatan Pekerja Pembangunan Komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) @ Kawasan Berisiko Tinggi

Pengenalan

Program ini bertujuan membantu JKM dalam usaha membangunkan komuniti di PPR atau Kawasan Berisiko Tinggi. Pekerja Pembangunan Komuniti yang ditempatkan di kawasan perumahan berkenaan merupakan penghubung atau jaringan antara penduduk dengan kerajaan. Program ini merupakan program pendampingan sosial (outreach programme) di bawah JKM yang menentukan perkhidmatan JKM diperolehi di peringkat akar umbi.

Pendekatan ini membolehkan Pekerja Pembangunan Komuniti membantu mengatasi masalah sosial dan menjalankan program pembangunan komuniti di kawasan tersebut. Program ini juga adalah satu mekanisme yang diwujudkan di peringkat komuniti bagi membolehkan masyarakat di peringkat akar umbi memperolehi maklumat berkaitan dengan perkhidmatan JKM dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan dengan cepat.

Objektif Program

  • • Menyediakan profil kawasan dan penduduk
  • • Melaksanakan pembangunan sosial secara bersepadu melalui sinergi multisektor di antara agensi-agensi kerajaan khususnya kerajaan tempatan, pihak swasta, NGO dan masyarakat
  • • Membuat perancangan pembangunan dan kemudahan komuniti bersama penduduk berdasarkan keperluan semasa
  • • Menjalin kerjasama di antara PPK dan anggota masyarakat supaya sama-sama bertanggungjawab terhadap permasalahan sosial di dalam komuniti masing-masing
  • • Intervensi awal kepada kes-kes yang memerlukan perkhidmatan kebajikan

Fungsi Program

  • • Membantu komuniti setempat menangani isu-isu sosial di peringkat akar umbi
  • • Sebagai Pusat Rujukan Komuniti untuk mendapatkan perkhidmatan JKM dan NGO
  • • Membangunkan komuniti setempat dari aspek sosial, ekonomi, kesihatan, perumahan dan lain-lain melalui pendekatan sinergi multisektoral dengan agensi-agensi lain
  • • Merancang dan melaksanakan program-program intervensi awal, pendidikan, pencegahan, pencelahan dan pemulihan dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk
  • • Sebagai mata dan telinga JKM dalam usaha membenteras gejala sosial di peringkat akar umbi

Projek rintis melibatkan tiga (3) lokasi iaitu :

  • • PPR Sri Pahang, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
  • • PPR Sri Pantai, Lembah Pantai, Kuala lumpur
  • • PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang, Selangor