EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Prosedur Permohonan Pendaftaran Pusat Jagaan

Prosedur permohonan pendaftaran pusat jagaan adalah seperti berikut:

  1. Permohonan pendaftaran dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran;
  2. Borang permohonan pendaftaran pusat jagaan boleh diperolehi secara percuma di mana-mana PKMD yang berhampiran;
  3. Permohonan pendaftaran pusat jagaan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 21 hari berkerja;
  4. Sijil Perakuan Pendaftaran pusat jagaan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri berkenaan;
  5. Bayaran pendaftaran dikenakan sebanyak RM50.00; dan
  6. Senarai pusat jagaan berdaftar boleh disemak di laman web www.jkm.gov.my.