EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Sejarah

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM)

telah ditubuhkan dalam tahun 1946. Di dalam jangkamasa 57 tahun, JKMM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:


1946 - 1951
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya

1952 - 1955
Kementerian Perusahaan dan Perhubungan Sosial

1956 - 1957
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat

1958 - 1959
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat

1960 - 1962
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat

1963
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat

1964
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dipertingkatkan kepada Kementerian Kebajikan Am. Skop perkhidmatan diperluaskan dan struktur organisasi dimantapkan.

1982
Kementerian Kebajikan Am ditukarkan nama kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia. Perkhidmatan pembangunan sosial diperkukuhkan dengan pengwujudan perkhidmatan perkembangan sosial.

1990
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia ditukarkan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat mulai 27 Oktober. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian tersebut. Kini JKMM adalah salah satu jabatan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020.

2004
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah digabungkan dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan nama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian tersebut.