EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Skim Bantuan Kebajikan

PERKHIDMATAN BANTUAN JKMM

Bantuan kewangan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) mempunyai 3 tujuan penting iaitu:

  • Penyelenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan kehidupan
  • Meningkatkan taraf hidup
  • Sebagai elaun perangsang untuk menggalakkan kumpulan sasar seperti Orang Kurang Upaya, Balu/Janda serta klien Jabatan supaya minat bekerja dan akan terus bekerja dan akhirnya berdikari
Nama Perkhidmatan Skim Bantuan Kewangan
Sepintas Lalu Membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan dalam meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu sehingga mereka dapat berdikari.
Definisi Bantuan kewangan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai tiga tujuan penting iaitu:
  1. sebagai penyelenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan
    1. Meningkatkan taraf hidup
    2. Sebagai elaun perangsang untuk menggalakkan kumpulan sasar JKM supaya minat untuk berkerja dan hidup berdikari
  2. Bantuan ini terbahagi kepada 2 kategori mengikut sumber peruntukan iaitu:
    1. Skim Bantuan Persekutuan
    2. Skim Bantuan Negeri
Kumpulan Sasar Keluarga Miskin, Kanak-kanak, Orang Tua, Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya dan Mangsa Bencana.
Lain-lain Syarat-syarat asas kelayakan:
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM700.00 sebulan
  • Golongan yang berkeperluan dan tidak berkemampuan
Nama Perkhidmatan Mangsa Bencana
Sepintas Lalu Fungsi JKM dalam menghadapi situasi bencana adalah termaktub di dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 (Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara) yang merangkumi:-
  1. Penyediaan dan penyelenggaraan pusat-pusat pemindahan
  2. Membuat persediaan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan
  3. Menjalankan pendaftaran ke atas mangsa untuk tujuan pemulihan
  4. Memberi bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada mangsa
Definisi Bencana merupakan satu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan melibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat yang mana memberi impak sosial dan emosi kepada mangsa.
Kumpulan Sasar Mangsa bencana kepada kejadian bencana yang berlaku
Lain-lain
  1. Tahap-tahap Pengurusan Bencana
    1. Bencana Tahap 1
    2. -Kejadian setempat yang terkawal dan berpotensi tidak merebak. Di tahap ini juga bencana tidak menjejaskan aktiviti harian penduduk setempat secara meluas dan Pihak Berkuasa Daerah mampu mengawal keadaan tanpa bantuan luaran atau dengan bantuan luar yang terhad.

    3. Bencana Thap 2
    4. -Bencana yang meliputi kawasan-kawasan yang lebih luas atau melebihi 2 daerah dan berpotensi merebak. Selain daripada kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang banyak. Bencana ini juga memusnahkan infrastruktur dan menjejaskan aktiviti harian masyarakat. Bencana di tahap ini masih mampu dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Negeri tanpa bantuan luar atau dengan bantuan luar yang terhad.

    5. Bencana Tahap 3
    6. -Bencana ini berlaku melibatkan lebih dari 2 buah negeri. Ianya lebih kompleks dan berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Pusat tanpa atau dengan bantuan dari luar Negara.

      Menyediakan kemudahan jagaan dan perlindungan untuk keperluan hidup.

      Menjalankan usaha pencegahan masalah dai berlaku atau merebak.

      Menjalankan kegiatan pemulihan mangsa masalah sosial supaya berdikari.

      Membangunkan kesedaran Masyarakat ke arah penglibatan dan penyertaan dalam kerja-kerja Kebajikan.

      Melaksanakan sistem pengurusan, perancangan dan latihan yang berkesan.

Nama Perkhidmatan Ekonomi Kebajikan
Sepintas Lalu Cawangan ini menyediakan aktiviti meningkatkan taraf sosio ekonomi klien melalui skim-skim bantuan Jabatan serta aspek memajukan modal insan dari segi pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja.
Definisi Membantu golongan sasar Jabatan yang mempunyai minat serta iltizam untuk memajukan diri atau keluarga dengan menjalankan aktiviti menambah pendapatan melalui bidang perniagaan kecil-kecilan atau dengan mendapatkan kemahiran-kemahiran tertentu untuk memohon pekerjaan agar mereka dapat berdikari dan tidak bergantung selama-lamanya kepada bantuan Kerajaan.
Kumpulan Sasar Golongan sasar Jabatan yang produktif dan berminat.
Lain-lain
  1. Menggalakkan golongan sasar Jabatan untuk menjadi peniaga kecil-kecilan melalui Skim Bantuan Geran Pelancaran.
  2. Mengadakan kerjasama dengan agensi/jabatan lain untuk membantu penerima Skim Bantuan Geran Pelancaran agar perniagaan mereka lebih berdaya maju.