EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Syarat-syarat Penubuhan Pusat Jagaan

Syarat-syarat penubuhan TASKA adalah seperti berikut:

  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS). TASKA di rumah dikecualikan;
  2. memenuhi standard minimum JKM:
    1. nisbah penjaga dengan penghuni :
      • • Kanak-kanak / Remaja
        1. Di bawah 4 tahun = 1 : 5
        2. 4 hingga 10 tahun = 1 : 18
        3. 10 tahun ke atas = 1 : 18
      • • Orang Kurang Upaya ( OKU )
        1. OKU = 1 : 10
        2. OKU teruk / terlantar = 1 : 4
      • • Warga Emas
        1. Warga emas = 1 : 18
        2. Warga emas berpenyakit / terlantar = 1 : 4
    2. Penjaga warganegara atau bukan mestilah berumur 18 tahun ke atas;
    3. mematuhi nisbah penghuni dengan ruang lantai iaitu :
      • • Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun dan OKU ialah 3.5 meter persegi
      • • Remaja dan warga emas adalah 3.0 meter persegi;
    4. Menyediakan dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti mengikut peringkat umur dan keperluan penghuni;
    5. Pusat jagaan hendaklah mempunyai kemudahan, peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan penghuni;
    6. Menyedia dan menyerenggara rekod-rekod di pusat jagaan; dan
    7. menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis Pusat jagaan.
  3. Mendapat sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:
    • • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
    • • Jabatan Bomba dan Penyelamat;
    • • Jabatan Kesihatan; dan
    • • Jabatan Tanah dan Survei (negeri Sarawak sahaja)