EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Tindakan Undang-undang Jika Pusat Jagaan Tidak Berdaftar

Mana-mana pusat jagaan yang tidak berdaftar atau pusat jagaan yang berdaftar tetapi tidak mematuhi standard minimum JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

  1. Didakwa di mahkamah dan boleh:
    • • didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya;
    • • bagi sesuatu kesalahan berterusan boleh sebagai tambahan dikenakan denda harian tidak melebihi RM1000.00 bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan;
  2. Pembatalan pendaftaran pusat jagaan
  3. Kompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan.
  4. Arahan bertulis Ketua Pengarah
  5. Perintah tutup sementara pusat jagaan berdaftar
  6. Lak (seal) pusat jagaan tidak berdaftar

RUJUKAN

  • • Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506]
  • • Akta Pusat Jagaan (Pindaan) 2007 [Akta A1292]
  • • Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994
  • • Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan (Pengkompaunan Kesalahan) 2011