EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Unit Khidmat Penyayang

Dalam usaha menentukan kesejahteraan masyarakat melalui pelbagai perkhidmatan yang disediakan, JKM memberi keutamaan terhadap peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan. Salah satu mekanisme untuk mencapai hasrat tersebut adalah melalui perluasan dan peningkatan jentera penyampaian perkhidmatan sedia ada kepada masyarakat khususnya kumpulan sasar sehingga ke peringkat akar umbi tanpa mengira di mana mereka berada.

Program UKP merupakan satu program pendampingan sosial atau social outreach untuk mendekatkan JKM kepada masyarakat khususnya masyarakat terpinggir, daif, miskin dan yang sukar mendapat bantuan. Melalui pendekatan outreach yang digunakan, urusan penyampaian perkhidmatan tidak lagi hanya tertumpu di pejabat sebaliknya pegawai dan kakitangan yang terlibat akan keluar mendampingi dan mengenalpasti kumpulan sasar bagi menyampaikan perkhidmatan yang diperlukan.

UKP berkonsepkan kepada perkhidmatan bergerak untuk mengendalikan khidmat bantuan dan rujukan secara berpusat bagi membantu individu, komuniti dan golongan lain yang memerlukan di kawasan setempat melalui perkhidmatan dan program yang disediakan oleh JKM, agensi lain dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan.

Fungsi Unit Khidmat Penyayang :

  • • Unit Operasi Bencana
  • • Pusat Perkhidmatan Jabatan
  • • Pusat Pengurusan Pembayaran Bantuan dan pemberian Bantuan Segera melalui Tabung Bantuan Segera (TBS)
  • • Pusat Khidmat Nasihat dan Kaunseling
  • • Pelaksanaan Program Advokasi Berkaitan Akta-akta dan Perkhidmatan serta Pameran
  • • Pusat Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
  • • Pusat Rujukan yang melibatkan agensi lain di bawah KPWKM (Hari Bersama Pelanggan) dan lain-lain agensi

Bermula pada tahun 2006, sebanyak 16 buah kenderaan UKP telah diagihkan kepada semua negeri. Pada tahun 2007, bilangan kenderaan UKP bertambah kepada 61 buah. Ia terdiri dari 32 buah van jenis Toyota Hiace dan 29 buah bas mini (coaster) jenis Nissan. Agihan mengikut negeri adalah seperti di bawah :

Negeri  Jenis Kenderaan
Bas mini Van
Perlis 1 0
Pulau Pinang 2 2
Kedah 2 3
Perak 2 2
Selangor 3 3
Negeri Sembilan 2 2
Melaka 1 2
Johor 3 2
Pahang 3 3
Kelantan 3 3
Terengganu 3 2
Sabah 1 2
Sarawak 1 2
WP Kuala Lumpur 2 3
WP Labuan 0 1
Jumlah 29 32