EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Unit Penyayang Warga Emas

Pengenalan

Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) merupakan satu perkongsian bijak antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan Pertubuhan Sukarela Kebajikan iaitu Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM).

Objektif

Objektif program UPWE ialah untuk memberi kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik.

Kumpulan sasar

Warga emas yang tinggal bersendirian atau dengan keluarga yang kurang kemampuan.

Cara Pelaksanaan

  • • Dilaksanakan oleh MPKSM dengan pemantauan oleh pegawai JKM.
  • • Warga emas yang memerlukan perkhidmatan dikenal pasti oleh pihak MPKSM dengan kerjasama Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah.